I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 15 August 2011

Erti Sebuah Kehidupan

Aku mula merasa kehidupan yang baru ketika mula menjejakkan kaki ke alam universiti. Bertemu rakan-rakan baru, suasana baru, pelajaran baru serta cara hidup yang baru. Menyedari hakikat yang aku harus mula hidup berdikari. Sejak lahir sehingga tingkatan 5, semuanya bergantung pada ibu. Pengalaman baru di universiti yang ku sayangi yang diberi nama UiTM memberi aku mengenali ramai rakan dengan pelbagai karenah dan ragam. Hmm... Apapun aku sangat selesa berada disini. Alhamdulillah.. Hampir setahun lebih aku disini, aku sudah membiasakan diri dengan pelbagai keadaan. Walau apapun, harapan ibu bapa menjadi semangat ku disini. . .  :-)

Thursday, 11 August 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"